About me

AriennaZaini




Nama saya Nur Arienna Binti Mohd Zaini dan saya berumur 19 tahun.Dilahirkan pada 29 April 2000 di DR.S.T.CHONG MATERNITY & SURGERY Kuantan. Anak ke-4 daripada 4 adik-beradik. Saya mempunyai 2 orang kakak dan seorang abang.Sebagai seorang anak bongsu saya harus mengakui bahawa saya seorang yang manja.Bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang memahami apa yang saya inginkan. Abah dan mak sentiasa berusaha memberikan dan menunaikan apa sahaja kemahuan anak manja mereka ni. Sekolah rendah saya di SJK (C) KONG MING dan saya meneruskan pelajaran saya di SMK TELUK CHEMPEDAK .Alhamdullilah saya berjaya mendapat tawaran melanjutkan pengajian di peringkat Diploma di Politeknik Metro Kuantan. Saya bersyukur sebab saya tidak perlu duduk jauh dari mak dan abah dan yang paling penting tak payah tinggalkan katil saya hehe.

Saya seorang yang suka travel sebab tu cita-cita dulu nak jadi pramugari :) Tapi dah besar ni pun ada lagi rasa nak bekerja sebagai pramugari. Kalau ada masa lapang saya akan plan dengan kawan-kawan saya untuk melancong dalam mahupun luar negara.Tapi duit travel ni bukanlah 100% guna duit parents,kadang-kadang duit belanja yang abah bagi saya kumpul untuk jadikan duit belanja.Tapi mak ayah mana tak sayangkan anak. Of course lah diaorang akan sponsor sikit duit hahhaha. Saya suka main bowling jugak . Kalau ada masa lapang saya dan family akan meluangkan masa bersama-sama untuk bermain bowling. Selain travel, saya suka shopping dan food hunting. Saya seorang yang suka mengumpul koleksi parfum. Tapi yang peliknya saya suka guna parfum lelaki berbanding parfum perempuan haha.Tak kesahlah asalkan parfum. Selain shopping, saya pun suka food hunting, makanan favorite saya western food walaupun kuat makan saya tetap kurus:) Partner food hunting saya  kakak saya,yang best food hunting dengan kakak ni kita tak payah keluarkan duit untuk bayar haha anak bongsu lah katakan.

Dah taknak cerita panjang-panjang pasal hidup saya, kalau nak follow kesah hidup saya boleh follow saya dekat Instagram @ariennazaini :) nak jadi kawan laman sosial pun boleh hehe.

Comments

Popular posts from this blog

TUTORIAL ON HOW TO CREATE A LOGO

JOM CANTING BATIK!

HOW TO DESIGN A POSTER